Hi blogblog.
Husband sekarang pergi jumpa kawannya. Aku suka bila dia pergi bersosial. Bukan sebab aku tak suka tengok muka dia 24/7 tapi aku suka bila dia dapat balance-kan hidupnya. Bukan untuk aku je. Kawan-kawan penting. Tak logik untuk duduk berdua saja dan rasa tak kena. Eventhough aku paksa-paksa, pujuk dia untuk keluar, aku tersedar yang aku sendiri jarang keluar. Bila kawan mengajak keluar, aku malas. Bila aku terasa nak keluar, mereka pula yang sibuk. Tapi takpe, weekend ni aku ada 2 social events yang aku nantikan. Honestly, I miss my friends. Cumanya, aku memang pemalas.
Adik aku fail lagi satu-satunya paper yang membolehkannya bergelar CPL holder. Untuk kali ke 3. Dia sedih seharian. Aku faham perasaannya. Banyak kali jugak aku fail paper(s). Dia tak nak bagitahu ayah aku, takut di marah katanya - dah 3 kali ayah aku diberitahu. Aku faham juga. Aku pun tak bagitahu mereka - parents masa aku fail paper dulu tapi sekarang when I turn back, I wished I had told them. Memang mereka akan marah, but we deserve it kan? Sebab takut mereka marah tu lah kita akan cuba tak buat lagi. Kan?
Tapi semalam, sebab kesiankan muka adik aku, aku biarkan dia sembunyikan rahsianya buat kali terakhir. If he fails again, saya akan jadi tukang report! :)
Oh, last week duit banyak dihabiskan on pregnancy test kit. Lepas bulan puasa hari tu, period aku tak keluar-keluar. Memang badan aku pelik, bila stress, memang akan sampai 3-4 bulan period aku akan jadi haywire. Tapi setahu aku, semenjak sambal sambal dijual, hidup aku kurang stress hence sepatutunya period aku jadi stabil. Jadi aku ingatkan aku mengandung. Kesemua 5-6 stick mengatakan negative. Heh.
Sudahnya on the day that I bought 2 sticks at one go - just in case, malam tu lah juga period aku keluar.
Aku lega, sebab sejujurnya financially, socially and emotionally aku belum sedia. Tapi aku kecewa, sebab well, who doesn't want to have a baby. Dan sebenarnya aku cemburu tengok semua orang yang kahwin selepas aku kahwin, dah pun mengandung.
*Conclusion: how do we know we are ready for a baby? we will never know! its a gift, a surprise, so insyaAllah, if one day it comes, I'll be the happiest.
Pasal berhenti kerja pula. Aku penat diadili. Macam kerja yang aku buat tak langsung dihargai.
Jadi senang, aku berhenti. 15 days later, aku dapat kerja baru. Permanent. Better perks, better environment, better people. Yang paling best, aku tak perlu bayar untuk hospital masa nak beranak nanti. :)
Dan aku tersedar, memang perjalanan karier aku untuk tahun-tahun akan datang is in FMCG. Alhamdulillah.
Aku nak kena belajar. 2 paper in 14 days.
Oh, aku ada impian baru. Biar aku lepaskan kedua-dua kertas ni nanti aku cerita.
Thursday, November 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment